Sunday 27 February 2011

ayam masak merah mudah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Friday 25 February 2011

Berbudi di bumi Tuhan >

Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur....
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia..=)

Wednesday 23 February 2011

Blog ciptaan

hye kengkawan sume...ASSALAMUALAIKUM..=)

Kehadapan diriku yg sudah sekian lame terpekong dlm bilik..
sebenarnye sy malas sgt nk berblog neh
adoi.
tp kerane cikgu kesayangan kwn2 sy suruh buat, sy buat jugak.
takde ape pun nak cite.heee
tp utk hari ni sy mulekan dgn bismillah...di harap selepas ini blog ini akan jd 1 tempat berkongsi idea,
bukan bercerite pasal owg lain..harap maklum.heee
terbaik...dr oden.
sayonara...adios.daaaaaaaaaaaaaa